Malam tadi putih berjaya memboloskan diri keluar dari rumah dengan memanjat tingkap bilik.
Balik je rumah dah xde dalam rumah. Rupanya dia main kat luar rumah.
Bila nak tangkap dia lari. Macam takut n macam ejek yeay Im freedom.
Lama mencari dia still lari. Lagi jauh dia lari. Lastly saya biar jer kat luar rumah.
Sampai ke pagi ini Putih belum balik ke rumah. Apalah yang dia makan kat luar tu. Dahla dia memilih. Nak fresh food jer. Malam tadi baru siap masak agar2 ikan+ labu kat dia. Hari ini hilang pulak. Adoiii.
Putih. Oh putih....
Wednesday, January 22, 2014
Tuesday, January 21, 2014
Friday, December 20, 2013
Gelagat Si Puteh
dah penat main... rileks jap...
see my nails... panjang dah... nak kena kerat nanti...
sambung main... lagi...
from the back..
Thursday, December 19, 2013
Putih In Action
Hi... Saya Si Puteh... Mengikut nama IC saya... Saya Mix... Taktau la Mix apa... Mata saya biru...
cakkkkkkkkkkk..... :D
pantang nampak ada benda kat atas yang bergerak-gerak...
hari-hari saya main... kalau saya tak main nanti saya stress...
Tuesday, December 17, 2013
Nasib Kitten Baru Adopt Nak Menyusu
Hi all... Salamz...
Nak tengok video sila click sini : https://www.facebook.com/myputih
Ni Beetle tengah menyusu..
First time adopt kitten so agak janggal...
Tak tahu macam mana nk susukan baby kitten ni...
Fyi, nama diorang Beetle n Tuareg...
Beetle jugak jadi mangsa....
Mula- mula silap beli...
Beli syringe nieh...
Memang sampai ke sudah dia taknak minum...
Tengok la cara pegang pun agak ganas...
Haiyak....
Seriously tak pandai...
Botol susu for kitten...
Lastly jumpa jugak botol susu ni after a day...
Punyalah diorang nyonyot puting botol tu...
Lapar benor...
Sian...
Almaklumlah mummy tak reti...
Nak tengok video sila click sini : https://www.facebook.com/myputih
Friday, December 13, 2013
Tips Menjaga Anak Kucing Yang Ditinggalkan Ibu
Pernah tak korang jumpe anak kucing yg dah xde ibu.. samada ibu die dah mati ataupun ibu kucing tu lari xnak nyusukan anak die ataupun ade org ambil ibu kucing dari anak2nya..??
Saya baru je adopt anak kucing... Umur setahun... Meh baca tips nak bela dorang... Saya bagi nama diorang Passat n Beetle...
- Anak kucing berusia1 hari hingga sebulan adalah sgt lemah dan sangat2 memerlukan penjagaan rapi.Anak kucing pada usia ini perlu diberi susu (belikan formula khas utk anak kucing) setiap 3-4 jam sehari iaitu lebih kurang 7-8 kali sehari. Ia juga perlu diletak di tempat yang hangat dan selesa.Cara mudah ialah isi air panas dlm botol tahan panas, dan balut botol tersebut dgn selimut/blanket kemudian letakkan dlm kotak/bakul tempat anak kucing itu berada.Anak kucing yang sgt kecil ini mungkin akan membuka mata pada usia 2 minggu.Anda juga hendaklah merangsang ia kencing dan membuang najis setiap kali lepas menyusu dengan melapkan kapas/tisu basah di bhgn punggung anak kucing itu.Ini kerana ia cuma akan membuang najis apabila dirangsang oleh rangsangan sentuhan seperti jialatan ibu kucing tersebut sewaktu membersihkannya.
- Pada usia 2 minggu, bawalah ia ke klinik vet untuk mendapatkan rawatan kecacingan. Pada usia ini juga ia sudah boleh diajar cara membuang najis di dlm litter box yang berisi pasir(litter sand).Tetapi ia mungkin memerlukan lebih kurang 2-4 minggu utk mahir kerana ia tiada ibu sebenar utk mengajarnya.Apa yang anda boleh buat ialah , bawa anak kucing ke litter box dan sapukan kaki hadapannya ke atas pasir litter atau,ambil sedikit najisnya dan letakkan sedikit di dlm litter box, insya Allah ia tahu bhw di situlah "Tandas" baginya.
- Doktor veterinar akan memeriksa kucing anda apabila dibawa ke klinik dan jadual pemvaksinan akan ditentukan oleh dokter.Ubat nyahkutu dan syampu antikutu cuma sesuai dipakaikan kepada anak kucing berusis 7-8 minggu kerana ia mengandungi toksik yang boleh menjejaskan perkembangan buah pinggang dan hati anak kucing anda.
- Pada usia satu bulan anak kucing boleh diajar memakan mkn separa pejal seperti ikan/ayam rebus atau mknn yang siap dipaket(tuna/chicken, sardine dll berjenama seperti whiskas, snappy tom, royal canin, science diet dll).
- Pada usia dua bulan ia sudah bersedia bagi mknn pejal seperti cat biscuits(disarankan membeli cat biscuits stage kitten 2-6 bulan).Perlu diingatkan kucing adalah haiwan karnivor dan memerlukan makanan berasaskan ayam/daging atau ikan, bukannya makanan manusia seperti nasi dan roti. Apabila anda memberi kucing mkn nasi, ia samalah seperti anda memberi lembu memakan daging @ikan! Anak kucing sgt kuat bermain-main dan amat sesuai jika anda membela sekurang2 nya 2 ekor supaya ia ada kwn dan tidak bosan apabila anda tiada di rumah.Kucing yang bosan cenderung merosakkan /menggaru perabut atau kencing/berak merata2.
p/s:kalau nak amik anak kucing yng baru sahaja lahir boleh tapi kenalah amik ibunya sekali .. ataupun tunggu sehingga anak kucing tu habis menyusu dah boleh makan benda lain korang amiklah anak kucing tu
Adopt New Kitten
last night my husband friend`s offer to adopt a kitten
ibu kucing tinggalkan anak2 dia dekat dalam sinki rumah... ibu nya dah 2 hari takde...
mula-mula saya tak boleh nk pegang kitten... rasa geli.. sebab dia lembik2 gitu...
hi dear... I`m Beetle...
tips jaga kitten baru lahir yang ketiadaan ibu boleh klik sini http://emascat.blogspot.com/2013/12/tips-menjaga-anak-kucing-yang.html
Subscribe to:
Posts (Atom)




